web stats

Thursday, 9 April 2015

PROSES-PROSES DALAM KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF


PROSES-PROSES DALAM KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF


Terdapat beberapa proses dalam kemahiran secara kreatif. Berikut merupakan proses-prosesnya:

1. Menjana Idea
Menjana idea merupakan merupakan satu proses menghasilkan sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baharu dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara.

Kemahiran ini digunakan apabila:

a) Mencari idea baharu
b) Mencari alternatif

Langkah Penggunaan:

1. Tetapkan tajuk perbincangan.
2. Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
3. Renung kembali idea yang dikemukakan.
4. Tambah lagi idea yang difikirkan.
5. Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.

Contoh:

Di sekolah anda, terdapat banyak bahan buangan pepejal. Anda dikehendaki menguruskan bahan buangan ini secara sistematik dan berfaedah.

a) Tetapkan tajuk perbincangan:
Cara menguruskan bahan buangan di sekolah secara sistematik dan berfaedah.

b) Senaraikan semua idea yang dikemukakan tanpa menilai atau menolak:
i. Menjual
ii. Mengumpul mengikut kelas
iii. Guna semula
iv. Bakar
v. Kambus
vi. Kitar semula
vii. Murid bawa balik ke rumah
viii. Bakar untuk guna semula
ix. Bawa masuk haiwan untuk makan sisa makanan 

c) Imbas kembali idea yang telah dikemukakan. Setelah semua idea dicatatkan, idea-idea itu boleh dinilai, disaring, diubahsuai atau digugurkan mengikut keperluan.

d) Tambah idea lain dan hubung kaitkan idea-idea yang disumbangkan.



2. Membuat Inferens
Membuat inferens merupakan tingkah laku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat. Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar atau pun tidak kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada sesuatu pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

Kemahiran ini digunakan apabila:

a) Hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan.
b) Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

Langkah Penggunaan:

1. Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
2. Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
3, Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian.
4. Semak alasan sama ada alasan itu berasaskan berpendapat atau pandangan, berikan alasan.


3. Meramal
Meramal merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa yang akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Aktiviti membuat ramalan pula akan dilakukan sekiranyan pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang diandaikan akan berlaku dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara.

Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan pilihan.

Langkah Penggunaan:

1. Perhati atau kumpul maklumat,
2. Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.
3. Buat jangkaan yang paling sesuai.


Contoh:

Ramalkan apakah yang akan berlaku di Kuala Lumpur sekiranya semua Jabatan Kerjaya berpindah ke Putra Jaya.

a) Kumpulkan maklumat

i. Semakin hari semakin sesak di jalan raya
ii. Manusia semakin ramai setiap hari
iii. Pembangunan di Kuala Lumpur semakin pesat
iv. Kadar kemalangan meningkat
v. Bilangan pelancong bertambah

b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat:
Keadaan di Kuala Lumpur sentiasa sibuk dan berkembang.

c) Buat jangkaan yang sesuai:
Pada peringkat awal keadaan di Kuala Lumpur akan menjadi sunyi dan kurang sibuk dalam tempoh masa tertentu dan akan kembali sibuk seperti keadaan asal.




4. Menghubung kaitkan

Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan 

Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis dan membuat kesimpulan.

Langkah Penggunaan:

1. Kenal pasti masalah
2. Buat analisis tentang keadaan
3. Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkan
4, Buat pernyataan tentang perkaitan


5. Membuat Hipotesis
Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pemboleh ubah-pemboleh ubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan eskperimen, kajian atau menyelidikan.

Langkah penggunaan:

1. Perhatiankan suatu situasi atau keadaan.
2. Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
3. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.
4. Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji.

6. Mensintesis

Menggabungkan ideam unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

Kemahiran ini digunakan untuk:

a) Membuat kesimpulan atau menyediakan tajuk.
b) Menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukiasan, peta, rajah, puisi dan laporan.

Langkah Penggunaan:

1. Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek.
2. Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan.
3. Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk, perkara atau subjek.
4. Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk.


7. Mengitlak

Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.

Kemahiran ini digunakan untuk:

a) Mencari pola
b) Menyusun maklumat
c) Meramal

Langkah Penggunaan:

1. Kumpulkan data.
2. Cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan.
3. Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat.
4. Buat kenyataan.




8. Menganalogi

Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud, dan mempunyai ciri yang serupa.

Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan cara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui.

Langkah Penggunaan:

1. Bandingkan dua perkara yang tidak sama.
2. Cari sifat yang serupa yang boleh dihubungi kaitkan.
3. Nyatakan hubung kait sebagai metafora.


9. Membuat Gambaran Mental
Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran.

Kemahiran ini digunakan untuk:

a) Memahami konsep yang mujarad
b) Mengingati konsep yang kompleks

Langkah Penggunaan:

1. Bayangkan matlamat tertentu.
2. Pilih atau tetapkan titik permulaan.
3. Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat.
4. Lihat keseluruhan gambaran.


10. Mereka Cipta
Menghasilkan sesuatu yang baharu atau melakukan pengubahsuai kepada sesuatu yang sedia ada dalam maujud atau mujarad.

Langkah Penggunaan:

1. Kenal pasti keperluan, cabaran, atau persoalan.
2. Janakan idea.
3. Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan.
4. Mencuba dan menguji idea.
5. Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.


Proses Kreatif





No comments:

Post a Comment