web stats

Thursday, 9 April 2015

AKTIVITI SEPANJANG MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI SMKDM

Semasa menjalani latihan mengajar di SMKDM, saya bersama rakan guru pelatih telah menyertai dan mengendalikan pelbagai program dan juga aktiviti-aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum. Antaranya ialah:




MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMKDM

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni telah diadakan pada 15 Ogos 2014 bersamaan dengan hari Jumaat. Pada hari tersebut, majlis pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan. Semua guru-guru sekolah, termasuk wakil-wakil daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dan semua murid-murid dari tingkatan satu hingga tingkatan lima telah mengambil bahagian dalam majlis ini.

  Dalam majlis ini, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan Pertandingan Pakaian Tradisional bersama dua orang lain. Majlis ini berlangsung dari pagi iaitu bermula pada pukul 7.20am dan berakhir dengan pada pukul 12.00 tengah hari.

  Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan tersebut. Antaranya ialah:

i. Pameran Kemerdekaan
ii. Pertandingan Kelas Patriotik
iii. Treasure Hunt
iv. Teka Silang Kata
v. Mendeklamasikan Puisi
vi. Pertandingan Mengarang Esei Merdeka
vii. Pertandingan Syarahan
viii. Pertandingan Pakaian Tradisional




Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ini telah berlangsung di Dewan Sekolah SMKDM




Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ini telah dirasmikan oleh Pengetua Sekolah



Murid-murid yang membantu guru dalam menjadi urus setia majlis



Murid-murid memakai pakaian tradisional untuk menunjukkan KONSEP 1 MALAYSIA


Peragaan pakaian tradisional mengikut kaum oleh murid-murid SMKDM



Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik oleh Guru-Guru



Murid-murid menyanyikan lagu-lagu patritotik sambil mengibarkan Bendera "Jalur Gemilang"



Secebis Kenangan bersama Rakan Guru Pelatih


PROGRAM SIMFONI WARNA SEMPENA HARI KEMUNCAK KOKURIKULUM SMKDM 2014

Program Simfoni Warna ini telah diadakah sempena Hari Kemuncak Kokurikulum SMKDM 2014. Berikut merupakan butiran bagi program tersebut:

Tarikh: 18 Oktober 2014
Hari: Sabtu
Masa: 8.00am-4.00pm
Tempat: Dewan SMKDM

  Dalam program ini, saya telah ditugaskan untuk menguruskan bahagian Pertandingan Melukis Poster bersama dua orang lain.


Majlis telah dirasmikan oleh YB Encik Mohd Yusoff Bin Mohd Noor, Adun Sungai Dua





Pembentangan murid-murid berkenaan dengan poster yang dilukis oleh mereka



Model Sekolah 


Arca yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan terbuang



Pertandingan Melukis Poster


Pameran dan Jualan

Pertandingan Mencanting Batik



JURULATIH DAN PENGURUS PASUKAN PERTANDINGAN BOLA BALING SMKDM














AKTIVITI KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP)


Pendedahan teknik Pemasangan Khemah yang Betul










Aktiviti Kelab dan Persatuan (Kelab Pencinta Alam)


















1 comment: