Pada 14 Julai 2014 yang lepas, saya bersama rakan guru pelatih telah ditempatkan di salah sebuah sekolah di Pulau Pinang untuk menjalani latihan mengajar. Sebelum sebelum praktikum, kami telah memohon kebenaran daripada pihak sekolah tersebut untuk menjalani latihan mengajar dan permohonan kami telah diluluskan oleh pengetua sekolah tersebut.
Bersama rakan Guru Pelatih (Puan Hani Nabila Binti Kamsani)
Sekolah yang kami berdua menjalani latihan mengajar tersebut ialah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA MURNI atau dikenali sebagai SMKDM. Berikut merupakan panorama sekolah tersebut.
PROFIL SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni atau dikenali sebagai SMKDM terletak kira-kira 10km dari bandar Kepala Batas, 8 km dari pekan Tasek Gelugor, 15km dari bandar Bukit Mertajam dan 10km ke bandar Butterworth. Sekolah ini berada di Sungai Dua, Butterworth iaitu di Taman Desa Murni.
Sebelum sekolah ini dibina, tumpuan pelajar adalah ke sekolah SMK Datuk Haji Ahmad Said. Sebelum sekolah ini beroperasi, pelajarnya menumpang di SMK Datuk Haji Ahmad Said. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang tertinggi di Malaysia iaitu mempunyai satu blok 9 tingkat, 1 blok 7 tingkat dan 1 blok 3 tingkat. Bagi ,engatasi kesesakkan di SMKDHAS dan sekitarnya, kerajaan telah membina sebuah sekolah menengah di Desa Murni.
SMK Desa Murni sepatutnya mula beroperasi pada tahun 2009 namun atas masalah teknikal ianya tidak dapat beroperasi. Pelajar pertama sekolah ini adalah seramai 90 orang (tingkatan 1). Bilangan guru 7 orang dan 1 orang staf sokongan. Pada tahun 2010, bilangan pelajarnya adalah seramai 217 orang terdiri dari tingkatan 1 dan 2. Dari segi infrastruktur, terdapat banyak kemudahan disediakan di sini untuk kegunaan para pelajarnya.
Pengetua pertama di sini ialah En. Suhaimi bin Saidin (mantan Ketua Penolong Pengarah BTPN) dibantu oleh En. Zaini Bin Mat Zain (Penyelaras dan PK Pentadbiran), En. Rozaini Bin Kassim (PK HEM) dan En. Abd Rahman B Mohamad (PK Kokurikulum). Pada tanggal 10 Ogos 2010 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1431H, sekolah ini telah dapat beroperasi dibangunannya sendiri dan ini dapat memberi keselesaan kepada pelajarnya serta kakitangan dengan segala kemudahan yang ada.
Semoga suatu hari nanti, nama SMKDM akan menjadi sebutan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Selamat Maju Jaya kepada warga SMK DESA MURNI.
En. Suhaimi Bin Saidin (Mantan Pengetua SMKDM)
En. Zuhari Bin Ahmad (Pengetua SMKDM sehingga kini)
VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
MOTO SEKOLAH
Berilmu, Berakhlak, Berbakti
LOGO SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
Desa Murniku maju jaya
Jati diri bersemangat waja
Tunjang harapan ayah dan bonda
Kelak ilmuku penuh di dada
Berbakti pada negara bangsa
Pada agama jua budaya
Indah budi pekerti mulia
Perpaduan dan bekerjasama
Kamilah harapan bangsa maju
Kamilah harapan wawasanmu
Perkasaku dengan ilmu
Melangkah gagah tanpa ragu
Kamilah harapan bangsa maju
Kamilah harapan wawasanmu
Berjuangku tanpa ragu
Perkasaku dengannya…….ilmu
ALAMAT SURAT-MENYURAT
SMK DESA MURNI,
SUNGAI DUA,
13800 BUTTERWORTH,
PULAU PINANG
SUNGAI DUA,
13800 BUTTERWORTH,
PULAU PINANG
NO. TEL : 04-3567569
NO. FAX : 04-3567581
E-MAIL : smkdesamurni@gmail.com
No comments:
Post a Comment